Saturday 24 September 2011

Kenaikan gaji kakitangan awam..

assalamualaikum....kawan2
hari ni aku nak borak sikit pasal isu kenaikan gaji kakitangan awam yang telah disiarkan dalam Berita Harian edisi 24 Sptember 2011...tentang isu kerajaan akan menaikkan gaji kakitangan awam seluruh Malaysia melalui Bajet 2012...apa pendapat korang???

Tuesday 28 June 2011

Karnival Nada Nadi Komuniti JKM Bersama The Red Warriors

Assalamualaikum.....
apa khabar kepada semua pembaca blog aku ni....ari ni aku nak cerita benda lain yang jauh daripada bab politik...aku dah bosan ngan bab2 politik ni...x kemananya kita kalau asyik layan pasal benda ni...bukan boleh buat kita kaya pun...hehehehehehe
ari ni aku nak cerita pasal program Karnival Nada Nadi Komuniti JKM bersama The Red Warriors....aku dilantik mjadi Pengerusui Jawatankuasa Publisiti/Siaraya dan Media.....teruk jugak kena buat keje ni...tapi atas nama tanggungjawab buat jea lar... aku nak bgtau semua dan ajak semua kat sini untuk sama2 pergi Karnival ni sebab The Red Warriors akan bersama-sama dalam program ini dan diaorg akan berarak membawa Piala Liga Super (kalau dapat????).....hehehehehe bawak semua abang adik ibu ayah mari sini kat Dataran KADA Kok Lanas 9 Julai (sabtu)........pakat pakai baju The Red Warriors.........TRW akan sampai dalam pukul 10 pagi....bye chow chin chow

Saturday 25 June 2011

Perhimpunan BERSIH 2.0

Assalamualaikum....
sekali lagi kita berjumpa.... hari ni aku nak cerita tentang Perhimpunan BERSIH 2.0 yang tengah kecoh satu malaya ni.... aku ni bukan orang politik...tapi aku rasakan lar....ada baik jugak diadakan benda ni...bukan aper utk bagi peluang kepada rakyat luahkan apa yang terpendam dalam hati.... manusia ni kalau x diluah aper yang di rasa satu hari nanti akan meletup...kalau dah meletup akan jadi macam Hosni Mubarak kat Mesir.........pendapat peribadi aku la...kerajaan dan polis perlu lebih berdiplomasi tehadap golongan ini....yang nak berhimpun tu bukan calang2 orang...tapi yang terpelajar.... dan kepada golongan yang nak berhimpun tu...agak2 la sikit....kalau dah ada peluang untuk berhimpun tunjukkanlah cara yang positif...sebab utk masa depan ko org jugak.....lain kali nak buat perhimpunan kerajaan dan polis akan bagi permit sbb korang berhimpun secara aman.... ok jangan gadoh2....peace no war.

Harga Barang Naik?

Assalamualaiukum...kepada semua pembaca blog aku ni.... sehari dua ni aku rasa pening sikit...pening pasal harga barang naik yang x henti2....aku tak tahu la sangat pasal hal2 ekonomi ni...tapi yang aku tahu kalau harga barang naik tidak henti2 ni menandakan negara sedang mengalami inflasi.....cuba ko org bayangkan lar...ikan selayang 2 ekor RM 10...dua minggu lepas 2 ekor RM 7 jea...dalam masa seminggu naik RM 3 ringgit...aper cer ni...kerajaan kata kenaikan kos elektrik x menjejaskan rakyat.... aper barang ni bang....aku rasa lar...pasal kes elektrik ni la yg sbbkan semua barang naik...aku x tahu la kalau harga minyak kalau naik jadi macam mana....ko org pikir sendiri lar...tapi aku heran kenapa setiap tahun TNB catatkan keuntungan sampai berbillion ringgit....tapi bila nak naik kan tarif lektrik kata rugi...aku betul2 x faham...kalau saper2 ada jawapan bagi kes ni toleng komen..........